Search This Blog

Tuesday, June 16, 2009

cuti hujung minggu



Gambar percutian saya bersama suami pada Sabtu dan Ahad lepas di Impian Rimba Pangsoon. Kami berkhemah dan menikmati keindahan malam yang mengasyiknya dengan suasana persekitaran yang segar dan nyaman. Masak dan bercerita hingga larut malam. Terima kasih sayang.............

oum2




Salam buat semua,
rindu rasanyer nak menulis.
gambar ini terbaru bersama rakan2 geng nasi kerabu 2009. I miss u all

Sunday, June 7, 2009

oum2


Salam buat semua...

Ini gambar rakan-rakan yang bersama saya selama 3 bulan lepas.
Rasanya minggu cuti ini memberikan kesunyiaan pada saya. Pengalaman yang dilalui bersama mereka masih segar di ingatan saya.

Buat rakan-rakan tersayang,
Kak Wi, Kak Ina, Dura, yien,and Nas.

Semoga kita berjaya mengenggam segulung ijazah.
Chayooooooooooo, Chayoooooooooooooooo

cameron



Ini gambar kereta kami yang kena langgar di Cameron Highlands.( 30 June 2009 )
Dah ditandirkan ianya terjadi, tapi terkilan juga kerana perjalanan kami tidak dapat diteruskan walaupun kami berada di bawah kaki bukit Cameron Highland.
Hanya 60km sahaja lagi untuk sampai.

Kesian pada mak dan ayah yang berhajat untuk melihat pemandangan di Cameron Highland. Hotel dah ditempah, jadual pun sudah disusun tapi tidak dapat dilaksanakan.

Semoga ini memberikan hikmah dan pengajaran pada kami sekeluarga. Dah seminggu kereta kami di bengkel. Cuti sekolah tahun ni saya kene duduk rumah sahajala. Suami pun tak boleh nak bawa berjalan.

buat Fiza, kami tidak salahkan anda sepenuhnya. Sebagai seoarang Islam, kita perlu Percaya pada Qada dan Qadar.

gambar kamera pertama


Ini gambar pertama yang kami ambil apabila kami beli kamera ini. Jenis Olympus FE230.
Waktu ini adalah malam sehari sebelum Hari Raya tahun 2007. Kami dalam perjalanan pulang ke kampung dan singgah di pekan yang berdekatan untuk membeli kamera bagi kegunaan hari raya.
Tapi, kamera tersebut telah hilang. Hujung tahun lepas semasa kami melawat saudara yang berada di Sungai Buloh. Ermmmm, nak buat macam mana, bukan rezeki kamilah agaknya.

my self


Salam buat semua,
Ini adalah gambar perkhawinan kami. Semoga perhubungan yang terjalin akan kekal seumur hidup kami.
3 Prinsip yang kami pegang sehingga kini.
JUJUR, PERCAYA & SETIA
Tarikh Perkhawinan : 19 Ogos 2005