Search This Blog

Monday, August 9, 2010

Hat Yai 30 Julai 2010 ( 1st day )

Salam buat semua...
Lama rasanya tak menulis diruangan ini.... baru-baru ini saya dan suami ke Hat Yai sempena melahirkan hari kelahiran kami... semuanya berjalan lancar walaupun ketika itu kandungan saya sudah mencecah 7 bulan.

Seawal jam 7:00 malam, kami mencharter sebuah teksi untuk ke KL Sentral. Agk pelik juga bila suami meminta aku menunggu agak lama, rupanya dia membeli sebiji kek dan air coke. Walaupun rasa pelik itu masih kuat, tapi aku diamkan juga kerana suami jenis orang yang suka buat suprise.
Jadual perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hat Yai jam 9:35 ditangguhkan atas kelewatan train dari Gemas.  Namun, pukul 9:50 tiba juga train, kami teruk bergerak ke gerabat. Coach kami hanya beberapa orang sahaja.

Selepas perjalanan, suami sudah mula memasang lilin pada kek, siap pasang belon lagi. Agak terharu kerana hampir menitis air mataku.... terima kasih hubby. Love u
Tak cukup dengan itu, dia sendiri mengagihkan kek dan diedarkan kepada semua penumpang di dalamgerabak... hubby... hubby. Habis satu coach tahu tentang sambutan hari saya datang mengucapkan terima kasih dan tahniah, tak kurang juga kakak2 yang menyatakan saya beruntung punya suami yang romantik.. alhamdulillah.

Tak cukup dengan itu, suami menghadiahkan saya sebuah handphone nokia E72... bertambah terharu la saya. Thanks hubby...

Malam itu aku cukup seronok, sempat juga melelapkan mata. Jam 6 pagi kami sampai di stesen Bukit Mertajam. Suami turun dan membelikan sarapan pagi.... lapar juga subuh2 ni. Yang tak bestnyer, kaki saya pulak bengkak mengalahkan orang keje enjection....




No comments: