Assalamualaikum... Selamat datang ke laman blog kami. Terima kasih di atas kunjungan anda. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, tapi berkongsi maklumat pada mereka yang merasakan perlu. Saya pernah menggunakan khidmat blog lain apabila saya hendak mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. so enjoy yourself kkkkk.
Search This Blog
Saturday, December 19, 2009
hari 5(Padang)
Padang/ bukit tinggi (day 4)
Selepas kami bersiar2, kami terasa lapar dan dahaga. kami terus mencari kedai. Kami singgah di KFC. Makanan KFC di sini berbeza sama sekali dengan KFC di Malaysia. Ayamnya kurang memuaskan hati saya. Kering,keras dan masin. Pada jam 12.30 kami bertolak kehotel lebih kurang 5 minit dari jam Gadang.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan kami terganggu kerana berlaku kemalangan kecil melibatkan salah satu daripada 2 MPV yg kami sewa.Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kesan gempa yang amat menakutkan kami. Kami juga dapati rumah orang2 kampung retak dan runtuh.
Kami mengambil keputusan untuk mengisi perut yang lapar. Berjalan kaki mencari kedai mkn dlm jarak 500m dari hotel. Kedai yang menyediakan makanan asli Minang seperti daging rendang,msk lemak ikan tongkol,sambal belado merah,ayam kampung dan air teh botol.
Dihadapan hotel Hyam Wuruk Padang.
Tuesday, December 15, 2009
Padang / Bukit Tinggi ( Day 3 )
Di hari ketiga, kami breakfeast bihun goreng dengan pengat. Sedapnyer pengat, teringat sampai sekarang. bihun pulak, macam guna soon, warna putih jernih. Yelah kot.
Selesai sarapan, kami ke Aur Kuning dengan menaiki Angkut. Dengan tambang sebanyak RP 2000 setiap seorang, kami ditinggalkan di pasar yang ala2 Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Suasananya agak kotor dan lecak, mungkin kerana musim hujan.
Saya sempat membeli 3 pasang telekung, baju baby n pakaian sulaman untuk hari raya 2010 nanti. he he he. Hampir 2 jam di sana, kami pulang ke hotel untuk check out. Perjalanan ke The Hill & Convention dengan menaiki Angkut dikenakan charge RP 8000. Beg pun kira juga, geram betul.
Terdapat juga rumah Banjuang ( ala Minangkabau jugak ) yang seperti muzium menempatkan replika rumah dan alatan purba. Terdapat juga perhiasan lama dan binatang unik yang dipamerkan. Pelbagai bentuk dan saiz. Uniknya lagi di sini, haiwan taman yang telah mati diawet dan dipamerkan di dalam satu bilik gelas. dengan ini, kita dapat melihat sendiri haiwan yang pernah wujud di Kebun Binatang ini.
Hampir 1 jam, kami mengambil langkah berjalan kaki untuk pulang ke hotel untuk berehat. Malamnya kami ke Pasar Atas untuk membeli beberapa cenderamata buah ahli keluarga. Berehat untuk hari berikutnya.
Padang / bukit Tinggi ( Day 2)
Hari ke dua kami breakfest dengan lontong pakis dan nasi goreng. Lontong di sini hanya menggunakan sayur pakis n ikan bilis, nasi goreng pulak kosong, x ada lauk. Jauh beza dengan lauk kat tempat kita. Nak cari ayam seketul pun x ada, inikan pula udang dan sotong.
Selesai sarapan, kami menyewa dua buah MPV untuk ke Tasik Maninjau dan tempat-tempat menarik yang lain. Jam 10 pagi, kami memulakan perjalanan ke tempat tenunan. Di sini disediakan kilang memenun sulaman. Setiap tenunan mengambil masa selama 2 minggu dan dijalankan secara manual. Tergambar halus tangan anak gadis Minang yang nenenun dengan cekap. Di situ juga disediakan tempat menjual capal dan telekung serta pakaian sulaman.
Dalam jam 11kami berkilang ke KINIKO, tempat pembuatan kopi yang selalu dikunjungi. Di sana di jamu dengan permandangan saujana mata memandang, terdapat kebun herba dan sawah padi huma yang terbentang luas. Dari atas bukit, disediakan tempat untuk menjamu kopi dengan pisang salai gireng. Errmmmmmmmm yummy, best.
Hampir 1 jam di sana, kami bergerak ke Rumah Gadang yang terletak di Payakumbuh. Rumah ketua adat di Minangkabau, hanya rumah itu yang masih utuh dan tidak mengalami apa apa kerosakan akibat gempa. Di situ juga, terdapat sebatang pokok kelapa berbentuk keris yag mumpunyai rahsia tersendiri. Kami disana lebih kurang setengah jam, dan kami melihat kesan rumah kerajaan yang dibina semula akibat kebakaran dan runtuhan pada tahun 2006.
Tiba diperkampungan, kami di bawa ke rumah kelahiran Buya Hamka, ulama dan penulis terkenal di Indonesia dan juga Malaysia. Penjelasan oleh cucu terdekat Buya Hamka, idea untuk memperkenalkan rumah ini adalah dari ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia ) yang bergantung pada derma dari pelawat. Buku beliau yang beratus buah juga dipamerkan.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah membeli makanan ringan pengalas perut di laluan. melihat pada saiz buah labu yang rasanya 2,3 kali ganda lebih besar dari labu di Malaysia, Penat berjalan, kami pulang dengan senyuman kepuasan.
Selepas itu kami ke Pondok Flora, tempat makan terapung di atas kolam ikan nila ( talipia ). Ada juga seekor monyet kecil dan beberapa ekor ayam katik. Selesai membasahkan tekat dengan air kelapa berharga rp170000, kami meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau.
Perjalanan yang mengambil masa 4 jam pergi dan balik. Merasa la melalui kelok 44 yang mencabar. Sepanjang perjalanan hanya terdengar bunyi decitan Danau. Perjalanan yang berbaloi, danau maninjau menjanjikan pemandangan yang amat menarik. Lalauan turun dari bukit, terdampar suasana sawah padi yang amat cantik. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan gerai kecil,dan beruk yang bersidai di tepi jalan menunggu makanan.
Malam itu, saya dan suami mengambil keputusan berjalan di sekitar jam Gadang. Kami menikmati pemandangan malam dengan berjalan di sekitar pekan sambil mendengar muzik tradisional oleh para penari yang berlatih di dewan berdekatan jam Gadang. Bunyi muzik yang unik dan tersendiri mengiri kami sehinggalah berjalan pulang ke hotel.
Kami pun penat dan malam itu kami tidur dengan nyenyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)