Search This Blog

Monday, August 30, 2010

Hat Yai 31 Julai 2010 ( 2nd Day )


Hari ke- 2,  pada pukul 8:00 pagi waktu Malaysia, kami tiba di stesen keretapi Padang Besar. Kene keluar bawa barang untuk urusan imegresen dan cop pasport. Masa kat line Malaysia, senang aje, tapi kat line Thailand, nak kene berdiri tegak n tunjuk muka lawa x mandi ni depan dia. Dalam 10 minit jugak baru selesai.
Lepas tu barulah kami pergi cuci muka n gosok gigi, klakar betul. Dalam 1 jam juga menunggu, kami naik train yang sama untuk ke Hat Yai.  Sampai di Hat Yai dalam pukul 10:30. Nampak daif sangat stesen keretapi diaorang, macam kita zaman 70-an ngan 80-an dulu. Ada juga keluarga yang bentang tikar ngan makan sementara tunggu keretapi datang kot.... entahlah.
Kami terus jalan keluar ngan cari tempat penginapan, memang banyak Hotel di sekitar kawasan ketapi, tapi kalau rajin jalan dalam 300m, boleh jumpa hotel mewah sikit macam Novotel, Regency, Diamond ngan Grand Plaza. Banyaklah... jangan risau, harga hotel pun standard dalam 700 - 800 bath je semalam, tapi Novotel dalam 2000 bath jugak.
Kami check -in kat Grand Plaza hotel dengan kos 780bath, takpelah... tengah penat ngan ngantuk. Sebelum masuk bilik, Hubby ajak cari makanan Muslim...
Cari punya cari, kami ke shopping compleks sebelah hotel... tanya punya tanya, dia cakap ada kedai Muslim kat tingkat 4. Beli nasi goreng ngan nasi putih lauk tomyam pun kene 120 bath, mahal jugak tu. Air mineral beli kat seven E jek....lepas makan, kami tidur sampai pukul 1.00 tengah hari.
Lepas segar, kami bersiap keluar. Plan nak g Floating Market, tapi kene rikiee harga Tut Tut. Rata-rata nak 400 bath, tapi cari-cari dapat jugak yang bagi 300bath, siap tunggu lagi. Tapi kami ronda-ronda juga kat sekitar hotel, dapatlah tengok-tengok barang cenderahati ngan beg murah-murah, tapi lebih mahal dari KL. KL standard RM25, paling mahal la, tapi kat sana dia letak 600 bath. Terbantut nak beli.
Pukul 6;00 petang kami naik Tut Tut ke pasar terapung. Dalam setengah jam perjalanan, kami sampai. Permandangan macam kat kampung betul... memang cantik. Pelbagai makanan dan barang - barang jualan yang di jual, rambang mata. Dalam 50 meter berjalan, baru nampak pasar terapung. Saya dan Hubby dah siap-siap nak shoping barang makan. Semuanya dijual dengan harga 20bath sahaja... ( RM2).Inilah antara makanan yang kami beli, nasi paprik ayam, mee rebus ngan aiskrim. Air laici dalam bekas ultraman... ha ha ha klakar tul. Ini cara dia ambik duit dari kita, pakai kayu jek....Kenyang makan, kami ronda bahagian atas pasar, ada joget lambak kutip derma. Hubby melantak berjoging n kene charge 10 bath untuk pakai bunga tu... takpelah, derma.. kui kui kui. Hampir 3 jam jugak, dalam pukul 9 malam, kami balik. Sebelum balik hotel, kami ke Regency Hotel untuk tengok ada kekosongan tak... Alhamdulillah.
Kalau kita x nak breakfast, boleh dapat dalam 745bath je, tapi kalau x tawar kene 810 bath... so pepandai la bodek bapok yang kat kaunter tuh...

Sebelum balik hotel, hubby nampak ada orang jual nasi lemak dengan roti canai. Dah pukul 10 malam pun kami makan n pukul 11 kami balik hotel. Saya dapatlah sekilo buah manggis n makan kat situ je. 
 Memang ramai betul orang Malaysia, India pun jangan cakaplah... sama banyak ngan kita. Ramai yang lepak depan shopping compleks yang jual banyak barang perhiasan.  
Tunggu hari ke-tiga pulak k....

No comments: