Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

Psikologi

Bila diingatkan semula, saya dulu bukanlah seorang yang minat kepada mata pelajaran Matematik. Walaupun pada asalnya saya lebih sukakan mata pelajaran lain, tetapi matematik tetap menjadi keutamaan saya. Ini adalah  kerana saya sentiasa mendapat markah penuh di dalam peperiksaan sewaktu tadika dan tahun 1.
            Pada waktu tadika, saya amat seronok belajar. Ini adalah kerana konsep pengajaran yang mudah dan aktiviti pembelajaran yang tidak memberatkan. Kami hanya belajar beberapa huruf dan suku kata serta melukis dan mewarna gambar. Ditambah pula saya hadir kelas tadika bersama rakan baik saya.
            Kami sama-sama suka melukis dan mewarna. Rakan saya juga akan singgah ke rumah saya selepas habis pembelajaran kami di tadika sementara menunggu ibubapanya pulang dari menoreh getah. Ibubapa saya juga seorang penoreh getah dan kami dijaga oleh kakak saya. Banyak masa yang kami habiskan berdua seperti mewarna dan melukis.
            Mungkin kerana perhubungan rapat antara kami membuatkan saya sentiasa gembira dan ianya mempengaruhi hasil pembelajaran saya. Oleh kerana itu menyebabkan saya mudah memahami topik pembelajaran dengan mudah.
            .Tetapi semuanya berubah apabila saya mendapat markah yang teruk dan bukan sahaja gagal sewaktu berada di tahun 2. Ini mungkin kerana aras kesukaran pada tahun 2 lebih tinggi daripada tahun ini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyediakan diri saya secara mental dan fizikal. Keputusan peperiksaan saya kebanyakannya berwarna merah.
            Apabila markah ditunjukan kepada ibu dan bapa saya, bapa saya hanya tersenyum dan memandang saya sambil menyatakan mengapa markah saya turun dengan memdadak. Mungkin disebabkan oleh hobi saya yang ketika itu suka bermain tanpa menghiraukan pelajaran. Pendapat saya, dengan aras kesukaran yang rendah pada tahun 1 yang hanya belajar apa yang saya pelajari di kelas tadika menjadikan saya kurang memberi perhatian kepada pembelajaran.
            Selepas tahun 2 dan apabila memasuki tahun 3, saya ditukarkan ke kelas yang teruk, bersama murid – murid yang lemah pembelajarannya. Saya juga turut tidak begitu menumpukan perhatian di dalam pembelajaran saya sehinggakan saya kekal di kelas yang corot sehingga tahun 4. Waktu itu saya sibuk bermain hoki untuk mewakili sekolah. Sehinggakan kami berjaya mewakili zon Gemas untuk bertanding di padang King George IV, Seremban dan hanya mendapat tempat ke tiga.
            Pada waktu itu, rakan-rakan sepermainan saya kebanyakkan dari kelas yang agak bagus, melihat kepada prestasi mereka terhadap pembelajaran dan permainan menjadikan saya agak tercabar. Melalui kecergasan fizikal yang saya miliki, secara tidak langsung memberikan kecerdasan mental pada saya. Saya mula rajin mengulangkaji apabila markah saya semakin meningkat sehinggalah saya berjaya bertukar ke kelas yang ke dua pada tahun 5.
            Perkara ini lebih memberikan semangat kepada saya dan saya akhirnya berusaha dengan lebih kuat untuk menduduki kelas yang pertama. Akhirnya pada tahun 6, selepas senarai nama kelas dikeluarkan, nama saya tercatat sebagai salah seorang murid tahun 6A walaupun nama saya berada di tempat yang ke dua akhir. Perkara ini memang tidak disangkakan dan dengan kegembiraan itu, ibu telah menghadiahkan sepasang baju kurung sekolah beserta tudung bagi mengantikan baju skirt yang saya gunakan sejak tahun 1 lagi. Bukannya ibu tidak membelikan baju kurung selama 5 tahun berturut-turut, tetapi ibu hanya mampu membelikan baju skirt sehingga saya di tahun 5 akibat kesusahan yang kami hadapi.
            Bukan sahaja semangat diri tetapi saya merasa saya layak bersama rakan-rakan lain dan saya tidak lagi akan melihat sorotan mata yang menyakitkan hati dan teguran daripada para ustazah. Ianya benar-benar memberikan impak yang besar pada diri saya.
            Apabila melangkah ke sekolah menengah, semua murik daripada kawasan perumahan kami dikumpulkan di sebuah sekolah menengah. Apabila pemilihan murid dijalankan, saya akhirnya berada di kelas yang ketiga. Itu bukanlah mengecewakan saya sangat kerana saya tahu persaingannya memang kuat. Saya juga sudh behenti untuk bermain hoki kerana di sekolah menengah, permainan tersebut tidaklah sepopular permainan hoki sewaktu kami di sekolah rendah. Satu lagi sebab ialah saya diberikan kepercayaan untuk menjadi penolong ketua kelas selama 2 tahun berturut-turut.  Di atas factor murid menengah rendah bersekolah pada sesi petang, jadi ruang waktu untk mani bermain menjadi amat terhad.
            Oleh kerana minat saya pada matematik, saya juga selalu mendapat antara markah yang tertinggi di dalam kelas dan sebagai rujukan kawan-kawan yang kurang faham. Guru juga sering memberikan semangat dan kata pujian bagi kami yang mendapat markah yang agak tinggi dan ini memberikan kami semangat untuk lebih tekun.
            Pada tingkatan 4, saya kekal berada di kelas yang ke tiga dan mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun. Guru yang mengajar prinsip Akaun adalah guru yang saya mengajar saya matematik. Secara tidak langsung, saya tertarik dan berminat saya terhadap kedua-dua mata pelajaran tersebut. Guru pula sentiasa memberikan galakan dan jaminan masa depan yang baik kepada kami jika kami berjaya di dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
            Saya kekal berada di kelas yang kedua sewaktu tingkatan 5. Pengaruh rakan dan persekitaran pembelajaran yang sihat lebih menggalakkan saya lebih bersemangat untuk berjaya. 
           
Pendekatan yang digunakan.

Mengikut Pendekatan Behaviorisme oleh Watson ( Bernstein et al,1994 ) yang menyatakan aspek tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh persekitaran. Menurut pendekatan ini tingkah laku yang mempengaruhi saya berlaku dengan adanya rangsangan persekitaran yang baik pada saya. Ini adalah kerana persekitaran yang baik sewaktu saya di tadika mempengaruhi kehidupan dan dapat memahami proses pembelajaran deangan mudah.
Pengalaman yang saya alami pada tahun 5 dapat diterangkan melalui Teori Perlaziman Cuba Jaya oleh Thorndike ( 1874 – 1949 ) kerana ganjaran yang saya dapati daripada usaha saya sendiri sehingga meningkat ke aras yang sepatutnya. Ganjaran yang diberikan sedikit sebanyak menghilangkan rasa malu dan rasa kekurangan diri saya kerana selama ini hanya memakai pakaian skirt ke sekolah. Melalui ganjaran itu membuatkan saya lebih yakin pada diri dan menghilangkan rasa malu saya yang selama ini hanya memakai pakaian seragam tersebut.

No comments: