Perjalanan seawal jam 5 pagi benar- benar memenatkan. Planning huby untuk membawa angah n eza ke Pulau Pangkor dalam 1 hari sahaja memang tidak dijangkakan. Aku ikut aje mamandangkan cuti sekolah telah bermula dan rasa bosan mungkin ada nanti. Keadaan hamil 18 minggu pun aku x kisah.
Perjalanan ke Pulau Pangkor mengambil masa 4 jam mengikut jalan lama ke Bidor. Dalam perjalanan kami mengalami kejadian yang boleh dikatakan pelik. Tapi benar- benar melekat di fikiran kami. Seorang gadis india yang berangan di jalan raya sehingga menyebabkan suami membunyikan hon. Satu kejasian lagi apabila kereta MPV Alparhd yang mengantuk terbabas ke tepi jalan tetapi dapat di kawal semula. Mereka hanya berhenti seketika, tetapi dalam 5 minit kereta itu muncul semula. Macam x ada berlaku apa-apa.
Kami tiba di jeti Pulau Pangkor pada jam 9 pagi, park di sekolah Methodist dan terus beli tiket ke Pangkor. Ferry yang meangambil masa lebih kurang setengah jam untuk tiba Jeti Pulau Pangkor. Tiba di jeti kami terus menyewa motorsikal dengan kadar sewa RM 35 bagi sebuah motor. Dapatlah Nuovo dan EX5.
Tempat pertama yang dilawati ialah Kota Belanda yang terletak di Jalan Pinang Raja. Selepas itu kami ke batu Bersurat yang terletak hanya 100m dari Kota Belanda. Terdapat pecahan batu yang terbahagi kepada dua, di mana celahannya boleh memuatkan dua orang.
Seterusnya kami ke Teluk Nipah melalui Pasir Bogak dan Teluk Ketapang. sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan pulau, tumbuhan dan permandangan tepi pantai yang amat cantik walaupun kami berdua sudah 5 kali datang ke sini.
Tiba di Teluk nipah, kami menikmati makanan tengahhari sambil melihat gelagat pengunjung yang mandi dan dihempas ombak setinggi hampir 1 meter. Pelbagai ragam dan keletah.
Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan menyusuri Lapangan Terbang Pangkor dan Kampung Pinang Kechil. Kawasan sekitar kampung amat cantik dan menarik. Seterusnya kami ke Teluk Dalam Resort untuk menikmati keindahan pantai sambil berehat di pondok berhampiran pantai. Kondisi saya yang agak `berat' akhirnya menyebabkan saya berjaya melelapkan mata selama setengah jam di pangkuan suami.
Setelah lelah dan penat hilang, kami meneruskan perjalanan menyusuri pulau dan singgah semula ke Teluk Nipah untuk menikmati minum petang. Kami makan kerepok lekor, goreng pisang dan ABC, ermmmmmmm yummy. Pukul 5 petang, kami mandi di toilet berhampiran untuk menyegarkan badan sebelum pulang. Sempat juga kami singgah membuat bekalan dengan membeli laksa goreng Mak Unggul yang popular tu.
Jam 6 petang kami menaiki feri dan sebelum pulang, kami membeli oleh-oleh sebelum pulang. Kali ini kami menyusuri jalan Sabar Bernam dan Klang sebelum pulang. Ingatkan dapatlah menikmati jus mangga di sekitar Tanjung Karang, tapi tiada rezeki kerana matahari sunggah pun tenggelam dan gerai pun kebanyakkan sudah tutup.
Kami tiba di rumah jam 12 tengah malam selepas menikmati makan malam yang enak di Kuala Selangor.
No comments:
Post a Comment