Tanggal 27 Jun Ahad lalu, hubby tersayang membawa Mimi dan Afsar berjoging ke Tasik Titiwangsa, KL. Niatnya cuma menghabiskan masa bersama "anak kesayangan"nya itu sambil menunggu aku habis kelas OUM hingga jam 2.30 petang. Oleh kerana Dr Ghaz menghabiskan kuliahnya lebih awal satu jam, jadi hubby ambil aku awal dan dapatlah aku join sekali.
Seawal jam 7.00 pagi, kami meninggalkan rumah along di Semenyih untuk hantar aku ke IPBA, Bangsar. Kelas mula jam kul 8 pagi, walaupun hati teringin mengikut mereka tapi aku kuatkan hati. Dapat jugaklah aku attend kelas untuk hari tu. Hubby, Mimi n Afsar berjongging, naik kuda dan bermain di sekitar kawasan taman. Pusing punya pusing, terperasan pulak ada even petang tu, so hubby dah plan nak bawak aku pergi ke sana semula petang itu. Oleh kerana banyak jalan yang dah tutup, aku ikutkan aje daripada kene balik rumah.
Terdapat kumpulan artis yang sedang menjalani pengambaran drama `IzinkanAbang Pergi`( aku perasan tajuk dia masa lalu depan lori pengankutan tu ). Punyalah leceh, dari aku awal makan, sampai habis n Afsar n Mimi pun dah boring main, pengambaran x habis-habis. Duduk setempat tu je.... Eiii susah gak nak belakon ni yek.
Jam 5 petang, kami ke even... ( tak ingatlah Festival apa .... Seni ...... memang x ingat ) banyak juga aktiviti yang disediakan oleh oleh pihak ASWARA dan Kementerian Seni dan Kebudayaan. Melawat tapak pameran, booth-booth kecil hinggalah aksi perasmian oleh Timbalan Menteri. Dapat jugaklah tengok konsert live artis-artis tempatan dan nyanyian lagu oleh Ella.
Pukul 7 petang kami bergerak pulang. Sebelum pulang, kami menikmati makan malam bersama Along, Bg Long, Mak n Adik Nurul di Cafe Santai Taman Tasik Permaisuri. Tak dapat ambil gambar bebanyak sebab bateri pun dah habis....
Sampai rumah, terasa penat sangat. Lepas mandi aku terus tido walaupun hubby ajak berbual, sedar-sedar dah pagi. Rasanya hubby bercakap sorang- sorang aje kot sebab isterinye dah tetido....
No comments:
Post a Comment