Search This Blog

Tuesday, June 29, 2010

Festival Seni di Titiwangsa

Tanggal 27 Jun Ahad lalu, hubby tersayang membawa Mimi dan Afsar berjoging ke Tasik Titiwangsa, KL. Niatnya cuma menghabiskan masa bersama "anak kesayangan"nya itu sambil menunggu aku habis kelas OUM hingga jam 2.30 petang. Oleh kerana Dr Ghaz menghabiskan kuliahnya lebih awal satu jam, jadi hubby ambil aku awal dan dapatlah aku join sekali.
Aksi spontan Afsar n Mimi naik kereta kuda.

Antara gelagat Afsar n Mimi sewaktu menunggang kuda .


jonging time
Afsar landing dekat motor remp-it
Seawal jam 7.00 pagi, kami meninggalkan rumah along di Semenyih untuk hantar aku ke IPBA, Bangsar. Kelas mula jam kul 8 pagi, walaupun hati teringin mengikut mereka tapi aku kuatkan hati. Dapat jugaklah aku attend kelas untuk hari tu. Hubby, Mimi n Afsar berjongging, naik kuda dan  bermain di sekitar kawasan taman. Pusing punya pusing, terperasan pulak ada even petang tu, so hubby dah plan nak bawak aku pergi ke sana semula petang itu. Oleh kerana banyak jalan yang dah tutup, aku ikutkan aje daripada kene balik rumah.
Pukul 1.30, habis kelas, kami cari makan dengan membeli drive thru Mac D berdekatan Jalan Pahang. Kami beli 2 set bubur dan 2 set Big MAc. Masa itu Afsar tidor, jadi kami ambil keputusan untuk makan dekat taman sahaja.
Terdapat kumpulan artis yang sedang menjalani pengambaran drama `IzinkanAbang Pergi`( aku perasan tajuk dia masa lalu depan lori pengankutan tu ). Punyalah leceh, dari aku awal makan, sampai habis n Afsar n Mimi pun dah boring main, pengambaran x habis-habis. Duduk setempat tu je.... Eiii susah gak nak belakon ni yek. 

Jam 5 petang, kami ke even... ( tak ingatlah Festival apa .... Seni ...... memang x ingat ) banyak juga aktiviti yang disediakan oleh oleh pihak ASWARA dan Kementerian Seni dan Kebudayaan. Melawat tapak pameran, booth-booth kecil hinggalah aksi perasmian oleh Timbalan Menteri. Dapat jugaklah tengok konsert live artis-artis tempatan dan nyanyian lagu oleh Ella.


Menunggu persembahan dalam hujan

Pukul 7 petang kami bergerak pulang. Sebelum pulang, kami menikmati makan malam bersama Along, Bg Long, Mak n Adik Nurul di Cafe Santai Taman Tasik Permaisuri. Tak dapat ambil gambar bebanyak sebab bateri pun dah habis....
Sampai rumah, terasa penat sangat. Lepas mandi aku terus tido walaupun hubby ajak berbual, sedar-sedar dah pagi. Rasanya hubby bercakap sorang- sorang aje kot sebab isterinye dah tetido....
Insya Allah ada masa aku menulis lagi........

Tuesday, June 22, 2010

Demam n selsema

Semalam pergi Klinik Kesihatan di bagunan PGRM lepas sekolah dalam pukul 3.30 petang. Selsema 4 hari ni dah tak tertanggung rasanyer.... Malu rasanyer asyik hembus air hidung je, kesian pulak dekat bebudak ngan kengkawan  .... berjangkit nanti payah pulak.

Hari ni dapat MC, duduk berehat kat rumah jek. Penat edit blog, aku tulis blog walaupun x ada apa yang hendak di tuliskan... ha ha ha.

Semoga demam ini cepat kebah dan selsema aku hilang... berat nak bawak baby demam-2 ni. Oh Hoi

Monday, June 7, 2010

Pulau Pangkor

Perjalanan seawal jam 5 pagi benar- benar memenatkan. Planning huby untuk membawa angah n eza ke Pulau Pangkor dalam 1 hari sahaja memang tidak dijangkakan. Aku ikut aje mamandangkan cuti sekolah telah bermula dan rasa bosan mungkin ada nanti. Keadaan hamil 18 minggu pun aku x kisah.

Perjalanan ke Pulau Pangkor mengambil masa 4 jam mengikut jalan lama ke Bidor. Dalam perjalanan kami mengalami kejadian yang boleh dikatakan pelik. Tapi benar- benar melekat di fikiran kami. Seorang gadis india yang berangan di jalan raya sehingga menyebabkan suami membunyikan hon. Satu kejasian lagi apabila kereta MPV Alparhd yang mengantuk terbabas ke tepi jalan tetapi dapat di kawal semula. Mereka hanya berhenti seketika, tetapi dalam 5 minit kereta itu muncul semula. Macam x ada berlaku apa-apa.

Kami tiba di jeti Pulau Pangkor pada jam 9 pagi, park di sekolah Methodist dan terus beli tiket ke Pangkor. Ferry yang meangambil masa lebih kurang setengah jam untuk tiba Jeti Pulau Pangkor. Tiba di jeti kami terus menyewa motorsikal dengan kadar sewa RM 35 bagi sebuah motor. Dapatlah Nuovo dan EX5.





Tempat pertama yang dilawati ialah Kota Belanda yang terletak di Jalan Pinang Raja. Selepas itu kami ke batu Bersurat yang terletak hanya 100m dari Kota Belanda. Terdapat pecahan batu yang terbahagi kepada dua, di mana celahannya boleh memuatkan dua orang.

Seterusnya kami ke Teluk Nipah melalui Pasir Bogak dan Teluk Ketapang. sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan pulau, tumbuhan dan permandangan tepi pantai yang amat cantik walaupun kami berdua sudah 5 kali datang ke sini.

Tiba di Teluk nipah, kami menikmati makanan tengahhari sambil melihat gelagat pengunjung yang mandi dan dihempas ombak setinggi hampir 1 meter. Pelbagai ragam dan keletah.

Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan menyusuri Lapangan Terbang Pangkor dan Kampung Pinang Kechil. Kawasan sekitar kampung amat cantik dan menarik. Seterusnya kami ke Teluk Dalam Resort untuk menikmati keindahan pantai sambil berehat di pondok berhampiran pantai. Kondisi saya yang agak `berat' akhirnya menyebabkan saya berjaya melelapkan mata selama setengah jam di pangkuan suami.

Setelah lelah dan penat hilang, kami meneruskan perjalanan menyusuri pulau dan singgah semula ke Teluk Nipah untuk menikmati minum petang. Kami makan kerepok lekor, goreng pisang dan ABC, ermmmmmmm yummy. Pukul 5 petang, kami mandi di toilet berhampiran untuk menyegarkan badan sebelum pulang. Sempat juga kami singgah membuat bekalan dengan membeli laksa goreng Mak Unggul yang popular tu.

Jam 6 petang kami menaiki feri dan sebelum pulang, kami membeli oleh-oleh sebelum pulang. Kali ini kami menyusuri jalan Sabar Bernam dan Klang sebelum pulang. Ingatkan dapatlah menikmati jus mangga di sekitar Tanjung Karang, tapi tiada rezeki kerana matahari sunggah pun tenggelam dan gerai pun kebanyakkan sudah tutup.

Kami tiba di rumah jam 12 tengah malam selepas menikmati makan malam yang enak di Kuala Selangor.

Tuesday, June 1, 2010

PD

Dah lama rasanya tak menulis.... tugasan pelbagai memerlukan saya menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting. Sebagai pelajar, pekerja, isteri dan bakal ......... ha ha ha.

Keadaan kami yang kurang sihat selama hampir 3 bulan sebelum menyambut ` orang baru' benar - benar melelahkan. Saya mengalami demam dan hidung berair selama 2 bulan diikuti suami terkena `chiken pox' sambil menguruskan sepupu yang sakit di HUKM membataskan waktu saya.

Sekarang ni saya sudah tidak mengalami alahan yang teruk seperti dulu. Bolehlah meluagkan masa menulis.

Sabtu dan Ahad lepas, kami kePD untuk menenangkan fikiran. Bersama dua anak buah suami, Mimi dan Afsar. Seronok juga.

Kami tiba di Pd jam 4.45 ptg hari Sabtu, terus suami check in masuk ke Eagle Ranch Beach Resort. Kami cuma berjalan - jalan di sekitar resort. Afsar pula merengek nak mandi, jadi kami hanya temankan mereka mandi. Pukul 7.00 malam kami masuk ke bilik dan bersiap untuk makan malam di gerai Ayam Bakar berhampiran Marina Resort.
Esoknya, selepas bersarapan,  kami menghabiskan masa dengan membawa Mimi dan Afsar berjalan di sekitar kawasan resort. Hujan dari malam membataskan pergerakkan kami. Hanya melawat tempat permainan go-kart, paint-ball, achery, dan menaiki kuda. Hampir pukul 10 pagi, Afsar minta untuk mandi kolam sekali lagi. Penat mandi kami balik dan bersiap untuk urusan check out.
Jam 1.30 petang, kami bergerak keluar dari hotel menuju ke Muzium Tentera Darat. Sebelum sampai, kami singgah menikmati makanan tengah hari di sebuah kedai di tengah perjalanan. Tiba di muzium jam 3.00 petang, masa itu hujang renyai - renyai.


Kami melawat beberapa kenderaan yang digunakan sewaktu zaman Jepun termasuklah keretapi, kereta kebal dan beberapa trak askar yang digunakan pada zaman tersebut.

Terdapat juga sebuah terowong yang di bina dan mempamerkan corak kehidupan tentera Jepun sewaktu menceroboh Tanah Melayu. Persekitaran agak gelap kerana tidak banyak lampu yang di pasang. Kesan lopak air juga ada dan mengganggu perjalanan.


Setelah hampir 1 jam di sana, suami mencadangkan supaya mandi laut di Teluk Kemang. Saja nak mandi air masin katanya. Agak menyeronokkan juga. Sambil menunggu matahari terbenam sedikit, kami main istana pasir dan bermain bola.