Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

Sikap kaunselor yang perlu di dalam sesi kaunseling.

  1. Sikap kaunselor yang perlu di dalam sesi kaunseling ialah:
a)      Kongruen

Kongruen ialah sikap jujur yang perlu ada pada diri kaunselor tersebut terhadap kliennya. Sebagai contohnya, kaunselor perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada klien dan cuba sejujur-jujur dan sebaik-baiknya menyelesaikan masalah dengan cara membimbing klien membuat keputusan dengan lebih baik.

b)      empati, dan

Empati adalah satu sifat kaunselor yang cuba memasukkan dirinya ke dalam situasi klien. Melalui cara itu, kaunselor dapat memahami dengan lebih mendalam permasalahan klien dan dan berkomunikasi disamping klien dapat melihat kebenaran dan keyakinan di dalam diri kaunselor itu sendiri. Beberapa faktor juga perlu di ambil kira supaya kaunselor benar-benar memahami, tidak sangsi, menggunakan isi dan nada suara yang sesuai untuk menghadapi kliennya.

c)      penerimaan tanpa syarat.

Penerimaan tanpa syarat adalah syarat kedua yang perlu ada pada sikap seorang kaunselor. Syarat ini meminta kaunselor supaya bersikap lebih terbuka dan mesra terhadap permasalahan kliennya. Penerimaan ini menunjukan tiada nilai positif atau negatif yang ditunjukkan kaunselor di samping menerima klien sebagai seorang insan yang tersendiri.

  1. Tahap membina hubungan adalah tahap yang pertama sebelum sesi kaunseling bersama klien dijalankan.
a)      empat tugas utama kaunselor pada tahap ini ialah:
i-                    mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi.

Dalam tahap hubungan ini, biasanya klien tidak terlalu mempercayai kaunselor. Tugas kaunselor adalah untuk mendapatkan kepercayaan sepenuhnya klien terhadap matlamat, diri sendiri dan kesan daripada sesi kaunseling tersebut.
Kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana atau keadaan yang memudahkan rasa keterbukaan,keikhlasan dan rasa mahu berkomunikasi.
Kaunselor perlu berkomunikasi dengan rasa minat pada klien, memahami dan supaya  menghormati perasaan, sikap  dan masalah klien supaya klien benar-benar tenang dan bersedia untuk memulakan sesi kaunseling dengan perasaan percaya yang kaunselor akan dapat membantunya sebaik mungkin.
Kaunselor perlu menunjukkan yang dirinya sentiasa hadir dan memberikan sepenuh perhatian kepada klien dan menganggap klien sebagai seorang yang dihormati dan dihargai.
Kaunselor juga perlu mendengar secara intensif dan cuba merasakan bagaimana klien rasa dan fikir masalahnya dan pastikan kaunselor memberikan respon pada setiap percakapan dan tindak tanduk klien sepenuhnya.

ii-                  Menentukan matlamat awal.

Setiap klien yang datang bertemu kaunselor pastinya mempunyai masalah yang berbeza. Antaranya adalah untuk menyelesaikan konflik, menyelesaikan masalah,atau meminta pertolongan untuk mendapatkan cara – cara menjadi seorang yang boleh berfungsi dengan lebih efektif.
   Ada klien yang terang dengan permasalahan yang dihadapinya dan ada yang kabur dan tidak tahu langsung sebab dan punca permasalahan yang dihadapinya. Ada juga klien yang tidak tahu sebabnya kenapa dia perlu bertemu dengan kaunselor.
   Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh klien ialah mengemukakan masalah dan menceritakannya kepada kaunselor secara jujur dan releven. Melalui cara tersebut, kaunselor bersama klien akan bersama menentukan matlamat sesi kaunseling mereka pada akhir sesi.
   Matlamat awal tersebut perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak kaunselor perlu mendengar masalah klien, membantu klien melihat dirinya sendiri supaya klien memahami dirinya sendiri dan m embantu klien mengenalpasti matlamat kaunseling dengan lebih tepat.
 
iii-                Mengstuktur hubungan

Hubungan klien dan kaunselor perlulah berstukstur supaya klien dapat melihat dengan lebih jelas ke mana arah yang hendak dicapai serta memahami dengan lebih lanjut mengapa sesi kaunseling ini perlu dilakukan.
   Awalnya mungkin klien agak sukar mengambarkan apa yang akan terjadi , bagaimana perubahan akan berlaku dan meragui apakah semua ini akan dapat mebantunya.
   Klien dan kaunselor perlu saling bersetuju tentang beberapa perkara sebelum memulakan sesi kaunseling.
    Di dalam peringkat ini terdapat 3 stuktur hubungan iaitu:

1.      Kefahaman tentang proses kaunseling
-          klien perlu faham mengenai proses kaunseling berlaku dan kaunselor juga perlu memberitahu dengan menjelaskan lebih lanjut tentang proses-proses interaksi dalam setiap sesi.
-          Kaunselor perlu beritahu peranan masing – masing sebagai kaunselor dan klien.

2.      Penjelasan tentang perkara – perkara terlibat
-          Beberapa perkara yang asas yang perlu klien patuhi dan fahami seperti waktu pertemuan, tempat, masa, tempoh masa dijalankan, dan jarak kekerapan bertemu adalah satu perkara yang perlu dijelaskan oleh kaunselor kepada kliennya.
-          Perkara-perkara tersebut tidak perlu diulang dan perlu pemahaman daripada pihak klien.
-          Sebagai contoh, jika kaunselor terpaksa membatalkan pertemuan dengan klien pada hari dijanjikan, klien tidak perlu merasa resah atau gelisah kerana satu tarikh lain akan dibuat dan dilaksanakan semula serta sesi tersebut akan dijalankan juga pada masa lain.


3.      Aspek kerahsiaan terlibat.
-          Aspek kerahsiaan perlu diterangkan kepada klien. Kaunselor perlu menyatakan yang sesi kaunseling yang berlangsung antara mereka adalah rahsia dan jika direkodkan pula adalah untuk rujukan apa yang telah dirancangkan antara klien dan kaunselor pada masa akan datang.

Penggunaan pengstukturan kaunseling perlu betul. Ianya bergantung kepada situasi semasa, keperluan klien dan jenis masalah yang hendak dikemukakan. Biasanya kaunselor menggunakan stuktur secara umum dan akan menambah maklumat stuktur dalam masa menjalankan kaunseling.

iv-                Membina kepercayaan

Bagi membina kepercayaan antara klien dan kaunselor, kaunselor perlu menunjukan sifat dan tingkah  laku  yang beretika tinggi di sepanjang menjalankan sesi kaunseling.
            Pada peringkat pertama, kaunselor harus menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan taraf kemahiran yang dipunyai oleh kaunselor. Semua isu perlu diperjelaskan pada masa pengstukturan yang telah dibincangkan.
            Kaunselor jiga perlu sentiasa memikirkan soal tingkah laku yang beretika semasa menjalankan hubungan dengan klien dan sepanjang perjumpaan dengan klien. Ianya bertujuan untuk membina kepercayaan kalien terhadap kaunselor dan sesi kaunseling.

No comments: