Search This Blog

Saturday, December 19, 2009

hari 5(Padang)









Hari ini adalah hari terakhir kami di Padang. Menu sarapan breakfast agak banyak. Manisan seperti kuih lopes, tepung bungkus dan sagu sama seperti makanan kita di Malaysia. Makanan agak sedap kecuali bihun sup yang keras bihunnya. Selesai sarapan, kami mengambil peluang berjalan di sekitar kawasan berhampiran hotel.


Terdapat satu monumen di hadapan hotel. Di situ terlihat seorang wanita yang mungkin agak kurang siuman duduk berteleku tidak bergerak. Disebelahnya ada tilam, bantal dan bungkusan baju. Sedih melihat keadaannya. Teringat cerita Hengky yang mengatakan ramai yang mengalami kurang kewarasan akibat gempa. Yelah kan, tekanan yang di alami agak kuat, mana tahu orang yang tersayang tiba - tiba hilang. Wallahwaklam.


Kami tidak mengambil masa yang lama berjalan-jalan, jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel dan berkemas. Dalam pukul 11 pagi, van yang disewa tiba dihadapan bilik hotel mereka. Perjalanan selama 40 minit dengan satu van Avanza dan 2 buah teksi.


Sepanjang perjalanan, kami agak sedih. Hari terakhir di sini agak menyedihkan kami. Yelah, 5 hari di bumi Minang ini terasa ketenangan dan jauh dari bebanan kerja yang banyak di pejabat. Tiba di lapangan terbang Minangkabau, kami terpaksa menunggu agak lama untuk berlepas. Flight delay hampir 2 jam. Dah lah panas dalam bilik menunggu. Penat sangat.

Kami tiba di Malaysia pada pukul 5:30ptg. Abang Long telah menunggu kami dan kami di bawa pulang ke rumah anak saudaranya di LBJ. Pukul 8 malam, kami bertolak pulang ke kampung suami untuk ke Melaka pada hari Ahad.

 

Padang/ bukit tinggi (day 4)

Pagi ke empat di Bukit Tinggi, kami breakfast di hotel. Menu sarapan pagi  kami telah disiapkan oleh pihak hotel.makanan yang disediakan agak memuaskan saya. Ada nasi, bubur,lontong,bihun,pengat,,salad,ayam goreng dan bnyk lagi. Selepas selesai makan kami bersiar2 dan membeli sedikit cenderamata buat kenangan.. Kami sempat menaiki kereta kuda menikmati keindahan suasana pagi di Bukit Tinggi.

Selepas kami bersiar2, kami terasa lapar dan dahaga. kami terus mencari kedai. Kami singgah di KFC. Makanan KFC di sini berbeza sama sekali dengan KFC di Malaysia. Ayamnya kurang memuaskan hati saya. Kering,keras dan masin. Pada jam 12.30 kami bertolak kehotel lebih kurang 5 minit dari jam Gadang.


 Lebih kurang pukul 1.30pm  van yg disewa tiba dan membawa kami ke Padang. Melalui Lembah Anai sewaktu pulang dan kami singgah untuk menikmati pemandangan dengan bayaran hanya Rp 1500 setiap seorang. Sempat juga kami singgah menikmati durian kampung di jalan menuju ke Pekan Padang. 8 biji durian habis di makan oleh kami semua, kerana tidak tahan dan perut kosong, saya terpaksa mengeluarkannya semula. Sepanjang perjalanan, kami hanya sendawa durian yang memenuhi ruang MPV. Kelakar betul....

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan kami terganggu kerana berlaku kemalangan kecil melibatkan salah satu daripada 2 MPV yg kami sewa.Sepanjang perjalanan kami dapat melihat kesan gempa yang amat menakutkan kami. Kami juga dapati rumah orang2 kampung retak dan runtuh.


Kami tiba di hotel Inna Muara lebih kurang pukul 5ptg.Kami dapati sebahagian besar hotel mengalami retakan dan runtuhan.Walau bagaimanapun, masih banyak bilik yang elok. Kami tetap tabahkan hati walaupun ada rasa was-was. Selesai urusan chek in, kami ke bilik dan terus bersiap utk keluar makan. Tak sangka pula kami duduk sederet bilik ibarat rumah teres.

Kami mengambil keputusan untuk mengisi perut yang lapar. Berjalan kaki mencari kedai mkn dlm jarak 500m dari hotel. Kedai yang menyediakan makanan asli Minang seperti daging rendang,msk lemak ikan tongkol,sambal belado merah,ayam kampung dan air teh botol.

Selesai makan, kami mengambil kesempatan melihat pantai yang jaraknya 200 m dari kedai makan tadi. Sambil menikmati pemandangan laut dan senja, kami juga melihat kesan runtuhan beberapa bangunan besar dan hotel. Hotel HayamWuruk runtuh dengan teruk. Masih dapat dilihat perabot hotel yang pecah dari seberang jalan. Agak lama di sana, jam 8 malam kami bertolak pulang ke hotel melalui deretan rumah kedai yang runtuh dan ada juga yang masih elok.


Dihadapan hotel Hyam Wuruk Padang.
Salah satu bagunan yang senget di hadapan pantai.


Tuesday, December 15, 2009

Padang / Bukit Tinggi ( Day 3 )

Di hari ketiga, kami breakfeast bihun goreng dengan pengat. Sedapnyer pengat, teringat sampai sekarang. bihun pulak, macam guna soon, warna putih jernih. Yelah kot.


Selesai sarapan, kami ke Aur Kuning dengan menaiki Angkut. Dengan tambang sebanyak RP 2000 setiap seorang, kami ditinggalkan di pasar yang ala2 Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Suasananya agak kotor dan lecak, mungkin kerana musim hujan.



Saya sempat membeli 3 pasang telekung, baju baby n pakaian sulaman untuk hari raya 2010 nanti. he he he. Hampir 2 jam di sana, kami pulang ke hotel untuk check out. Perjalanan ke The Hill & Convention dengan menaiki Angkut dikenakan charge RP 8000. Beg pun kira juga, geram betul.


Selepas check in, kami mengambil peluang untuk berjalan di sekitar kawasan Bukit Tinggi. Setelah mendapat maklumat mengenai Lubang Jepang dan Ngarai Sianok, kami hanya berjalan kaki menuju ke sana yang hanya 400 m dari hotel. Jalannya agak menurun. Dengan tiket masuk Rp3000 setiap seorang, kami ditemani Pak Ujang yang menceritakan sejarah Lobang Jepang dan Ngarai Sianok. Cantik sungguh Ngarai tu, rugi kalau x tengok. Baru RM 1.20 je. Upah Pak Ujang, RM 10. Lobang Jepang masih under constuction lagi on that time, so x dapatlah masuk. Kalau nak datang, better dress up yang selesa coz nak masuk 1.5 ke dalam tanah.



Sedang menikmati keindahan Ngarai, kami menemui Abang Din n keluarganya. Setelah berbincang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Benteng Fort de Kock dan Kebun Binatang ( ala2 zoo). Tambang Angkut Rp 20 000 untuk kami berenam, tiket masuk Rp 5000 setiap seorang, kami disajikan dengan pelbagai jenis haiwan. RP 5000 ini meliputi Keben Binatang, Rumah Banjuang ( museum ) n Benteng Fort de Kock. Murah kan?

Keluasan taman di dalam 700m x 800m persegi. Taman ini terbahagi terpisah kepada 2 bahagian, dan yang memisahkannya adalah jambatan yang dibawahnya terdapat rumah kedai dan jalan raya.

Terdapat juga rumah Banjuang ( ala Minangkabau jugak ) yang seperti muzium menempatkan replika rumah dan alatan purba. Terdapat juga perhiasan lama dan binatang unik yang dipamerkan. Pelbagai bentuk dan saiz. Uniknya lagi di sini, haiwan taman yang telah mati diawet dan dipamerkan di dalam satu bilik gelas. dengan ini, kita dapat melihat sendiri haiwan yang pernah wujud di Kebun Binatang ini.

















Hampir 1 jam, kami mengambil langkah berjalan kaki untuk pulang ke hotel untuk berehat. Malamnya kami ke Pasar Atas untuk membeli beberapa cenderamata buah ahli keluarga. Berehat untuk hari berikutnya. 

Padang / bukit Tinggi ( Day 2)

Hari ke dua kami breakfest dengan lontong pakis dan nasi goreng. Lontong di sini hanya menggunakan sayur pakis n ikan bilis, nasi goreng pulak kosong, x ada lauk. Jauh beza dengan lauk kat tempat kita. Nak cari ayam seketul pun x ada, inikan pula udang dan sotong.

Selesai sarapan, kami menyewa dua buah MPV untuk ke Tasik Maninjau dan tempat-tempat menarik yang lain. Jam 10 pagi, kami memulakan perjalanan ke tempat tenunan. Di sini disediakan kilang memenun sulaman. Setiap tenunan mengambil masa selama 2 minggu dan dijalankan secara manual. Tergambar halus tangan anak gadis Minang yang nenenun dengan cekap. Di situ juga disediakan tempat menjual capal dan telekung serta pakaian sulaman.

Dalam jam 11kami berkilang ke KINIKO, tempat pembuatan kopi yang selalu dikunjungi. Di sana di jamu dengan permandangan saujana mata memandang, terdapat kebun herba dan sawah padi huma yang terbentang luas. Dari atas bukit, disediakan tempat untuk menjamu kopi dengan pisang salai gireng. Errmmmmmmmm yummy, best.

Hampir 1 jam di sana, kami bergerak ke Rumah Gadang yang terletak di Payakumbuh. Rumah ketua adat di Minangkabau, hanya rumah itu yang masih utuh dan tidak mengalami apa apa kerosakan akibat gempa. Di situ juga, terdapat sebatang pokok kelapa berbentuk keris yag mumpunyai rahsia tersendiri. Kami disana lebih kurang setengah jam, dan kami melihat kesan rumah kerajaan yang dibina semula akibat kebakaran dan runtuhan pada tahun 2006.

Selepas itu kami ke Pondok Flora, tempat makan terapung di atas kolam ikan nila ( talipia ). Ada juga seekor monyet kecil dan beberapa ekor ayam katik. Selesai membasahkan tekat dengan air kelapa berharga rp170000, kami meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau.


Perjalanan yang mengambil masa 4 jam pergi dan balik. Merasa la melalui kelok 44 yang mencabar. Sepanjang perjalanan hanya terdengar bunyi decitan Danau. Perjalanan yang berbaloi, danau maninjau menjanjikan pemandangan yang amat menarik. Lalauan turun dari bukit, terdampar suasana sawah padi yang amat cantik. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan gerai kecil,dan beruk  yang bersidai di tepi jalan menunggu makanan.

Tiba diperkampungan, kami di bawa ke rumah kelahiran Buya Hamka, ulama dan penulis terkenal di Indonesia dan juga Malaysia. Penjelasan oleh cucu terdekat Buya Hamka, idea untuk memperkenalkan rumah ini adalah dari ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia ) yang bergantung pada derma dari pelawat. Buku beliau yang beratus buah juga dipamerkan.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah membeli makanan ringan pengalas perut di laluan. melihat pada saiz buah labu yang rasanya 2,3 kali ganda lebih besar dari labu di Malaysia, Penat berjalan, kami pulang dengan senyuman kepuasan.

Malam itu, saya dan suami mengambil keputusan berjalan di sekitar jam Gadang. Kami menikmati pemandangan malam dengan berjalan di sekitar pekan sambil mendengar muzik tradisional oleh para penari yang berlatih di dewan berdekatan jam Gadang. Bunyi muzik yang unik dan tersendiri mengiri kami sehinggalah berjalan pulang ke hotel.

Kami pun penat dan malam itu kami tidur dengan nyenyak.