Dah lama rasanya tak menulis.... tugasan pelbagai memerlukan saya menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting. Sebagai pelajar, pekerja, isteri dan bakal ......... ha ha ha.
Keadaan kami yang kurang sihat selama hampir 3 bulan sebelum menyambut ` orang baru' benar - benar melelahkan. Saya mengalami demam dan hidung berair selama 2 bulan diikuti suami terkena `chiken pox' sambil menguruskan sepupu yang sakit di HUKM membataskan waktu saya.
Sekarang ni saya sudah tidak mengalami alahan yang teruk seperti dulu. Bolehlah meluagkan masa menulis.
Sabtu dan Ahad lepas, kami kePD untuk menenangkan fikiran. Bersama dua anak buah suami, Mimi dan Afsar. Seronok juga.
Kami tiba di Pd jam 4.45 ptg hari Sabtu, terus suami check in masuk ke Eagle Ranch Beach Resort. Kami cuma berjalan - jalan di sekitar resort. Afsar pula merengek nak mandi, jadi kami hanya temankan mereka mandi. Pukul 7.00 malam kami masuk ke bilik dan bersiap untuk makan malam di gerai Ayam Bakar berhampiran Marina Resort.
Esoknya, selepas bersarapan, kami menghabiskan masa dengan membawa Mimi dan Afsar berjalan di sekitar kawasan resort. Hujan dari malam membataskan pergerakkan kami. Hanya melawat tempat permainan go-kart, paint-ball, achery, dan menaiki kuda. Hampir pukul 10 pagi, Afsar minta untuk mandi kolam sekali lagi. Penat mandi kami balik dan bersiap untuk urusan check out.
Jam 1.30 petang, kami bergerak keluar dari hotel menuju ke Muzium Tentera Darat. Sebelum sampai, kami singgah menikmati makanan tengah hari di sebuah kedai di tengah perjalanan. Tiba di muzium jam 3.00 petang, masa itu hujang renyai - renyai.
Kami melawat beberapa kenderaan yang digunakan sewaktu zaman Jepun termasuklah keretapi, kereta kebal dan beberapa trak askar yang digunakan pada zaman tersebut.
Terdapat juga sebuah terowong yang di bina dan mempamerkan corak kehidupan tentera Jepun sewaktu menceroboh Tanah Melayu. Persekitaran agak gelap kerana tidak banyak lampu yang di pasang. Kesan lopak air juga ada dan mengganggu perjalanan.
Setelah hampir 1 jam di sana, suami mencadangkan supaya mandi laut di Teluk Kemang. Saja nak mandi air masin katanya. Agak menyeronokkan juga. Sambil menunggu matahari terbenam sedikit, kami main istana pasir dan bermain bola.
No comments:
Post a Comment