Di hari ketiga, kami breakfeast bihun goreng dengan pengat. Sedapnyer pengat, teringat sampai sekarang. bihun pulak, macam guna soon, warna putih jernih. Yelah kot.
Selesai sarapan, kami ke Aur Kuning dengan menaiki Angkut. Dengan tambang sebanyak RP 2000 setiap seorang, kami ditinggalkan di pasar yang ala2 Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Suasananya agak kotor dan lecak, mungkin kerana musim hujan.
Saya sempat membeli 3 pasang telekung, baju baby n pakaian sulaman untuk hari raya 2010 nanti. he he he. Hampir 2 jam di sana, kami pulang ke hotel untuk check out. Perjalanan ke The Hill & Convention dengan menaiki Angkut dikenakan charge RP 8000. Beg pun kira juga, geram betul.
Terdapat juga rumah Banjuang ( ala Minangkabau jugak ) yang seperti muzium menempatkan replika rumah dan alatan purba. Terdapat juga perhiasan lama dan binatang unik yang dipamerkan. Pelbagai bentuk dan saiz. Uniknya lagi di sini, haiwan taman yang telah mati diawet dan dipamerkan di dalam satu bilik gelas. dengan ini, kita dapat melihat sendiri haiwan yang pernah wujud di Kebun Binatang ini.
Hampir 1 jam, kami mengambil langkah berjalan kaki untuk pulang ke hotel untuk berehat. Malamnya kami ke Pasar Atas untuk membeli beberapa cenderamata buah ahli keluarga. Berehat untuk hari berikutnya.
No comments:
Post a Comment